Saturday, April 23, 2011

68) Merenung Keaiban Diri 59

Ulama sesepuh gerakan Islam ini anak usrah Said Hawwa dan Dr Muhammad al Wakeel..dia tidak pernah lelah berjuang,,dijerang panas..disiram embun..dia bangun disepertiga malam ketika kita lena berdengkur..dia bersimpuh di atas sejadah, ketika kita berlingkar spt biawak kekenyangan,,ketika kita mengumbar..mulutnya menasbih nama Tuhan.... DIA BUKAN LIABILITI TEMAN, DIA EMAS KITA..jln terus ayah Chik anak muda dibelakang. (Ustaz Riduan Mohd Nor)
"apa khabar Sheikh abdul hadi..dia sihat?" tanya pimpinan HAMAS ketika aku melepasi Khan Yunis, Gaza yg terbakar. Di setiap penjuru dunia yg aku tiba,,tokoh2 gerakan bertanyakan Sheikh abdul Hadi. Dia sebaris Mehdi Aqif, Qazi Husain, Erbakan, Pak Hussein Umar, Dr Hasan Turabi, Dr Badie..jgn nistakan dia teman,,jika kamu tidak mengenalinya.. (Ustaz Riduan Mohd Nor)
 

Dia suka memenjarakan diri di maktabah semasa belajar, daripada kelompok maktabah itulah dia membina jaringan pelajar Malaysia di Madinah dlm dekad 70an. Hidupnya berselimut dgn buku, sebelum mendaftar phD dia pulang ke tanah leluhurnya, menggantikan ayahandanya di masjid Rusila. Membaca dan menulis adalah madu kehidupan yg beliau hirup sbg maestro gerakan Islam tanah air... (Ustaz Riduan Mohd Nor)

No comments:

Post a Comment