Monday, March 21, 2011

35) Merenung Keaiban Diri 19


ada kalanya dia khusyuk beribadah di masjid.. ada kalanya dia menjadi pendakwah yang petah.. ada kalanya dia lincah menggelecek bola di padang.. ada kalanya dia menjadi pelajar yang cemerlang.. ada kalanya dia menjadi seorang penyanyi yang membawa msj2 Islam.. ada kalanya dia tekun mengajar tentang hukum2 di facebook.. ada kalanya dia menjadi anak yang soleh. ISLAM ITU MENYELURUH. (diolah dari kitab Risalah Ta'alim m/s 67)



34) Kuliah Ustaz Hadis 1


Penceramah : Ustaz Hadis
Hari : Sabtu
Tarikh : 22.5.2010
Tempat : Masjid Bandar Raub (Masjid Lama)
Kadar : Seminggu sekali
Kitab : Sakaratul Maut dan Alam Kubur



1. Banyakkan mengingati mati
Banyak hadis yg menyuruh kita agar banyakkan mengingat mati. Kenapa? Sebabnya ialah apabila kita ingat mati, segala bentuk kelazatan dunia dapat dihapuskan. Dunia ini sememangnya penuh dgn kelazatan yg disukai nafsu. Tapi sedarlah, kenikmatan dunia hanya sementara. Tambahan lg, kenikmatan akhirat iaitu di syurga jauh lbih nikmat berbanding dunia. Di sana semuanya halal...

2. Persiapan menghadapi mati
Ustaz bagi amalan2 mudah yang membuktikan kita ni dikira bersedia menghadapi mati. Antaranya ialah solat berjemaah di masjid dan mengamal doa2 harian. Kesimpulannya, secara zahirnya nampak usaha ke arah mendekatkan diri kpd Allah.

3. Petanda dosa tidak diampun
Memang kita tak dapat tau tahap kita di sisi Allah. Tapi ada petanda yg dosa2 kita belum diampun oleh Allah. Antaranya ialah 'rasa' malas utk beramal ibadat, beramal baik. Bila dah rasa macamni jgn pulak putus asa. Perbanyakkan beristighfar, memohon keampunan daripada Allah. Allah Maha Pengampun. Jangan putus asa utk bertaubat. Mohon Allah cenderungkan kita ke jalan2 dan perkara2 yang diredhai oleh-Nya, dan jauh dari jalan2 dan perkara2 yg membawa kpd kemurkaan-Nya.

4. Dunia masuk ke dalam hati
Teringat ada sorang sahabat ni dia umpakan dunia ni seperti air laut. Kita berada di atas kapal. Jangan sampai kapal kita tenggelam ke dalam laut. Cukup sekadar kita melalui laut(dunia) ni menuju ke destinasi(akhirat). Maksudnya, jgn kita tenggelam dgn dunia. Cukuplah kita menjalani kehidupan di dunia ini sekadarnya sahaja. Jgn sampai dunia masuk ke dalam hati kita. Bahaya.. Bahaya... Bahaya... Iblis akan gunakan hal ini masa sakaratul maut. Dia akan datangkan perkara2 dunia yang kita sayangi contohnya harta, makwe, isteri, motor, kereta dan macam2 perkara dunia yang kita sayangi. Na'uzubillahi min zalik. Mohon Allah jauhkan daripada perkara tersebut.

5. Maut sebagai NASIHAT
Kalau takde orang nak nasihat kita. Cukuplah.. Cukuplah.. kita jadikan maut atau mati sebagai PENASIHAT atau PENGINGAT kita lebih2 lagi ketika hendak berbuat dosa. Ya Allah..

6. Takkan masuk syurga orang yang ada dosa walaupun setitik, sezarah.
Nabi Adam A.S dan Hawa A.S dikeluarkan daripada syurga kerana SATU dosa iaitu memakan buah dari pohon larangan. Hal ini membuktikan orang yang ada dosa x bleh masuk syurga. Ya Allah... Mohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa2 sebelum mati. Ingatlah juga bahawa hamba2 Allah masuk syurga bukan kerana amal2 yang dilakukan tetapi kerana rahmat Allah. Sebab tu kita kena berusaha ikhlas dalam ibadat kita kerana Allah semata2. Mengharapkan redha Allah. Lebih tepat dan hakikat lagi, bukan kerana syurga dan pahala. Sebab pahala dan syurga juga makhluk Allah.

Dosa2 yg ada pada manusia khususnya umat Islam akan dihapuskan melalui syafaat2 di padang mahsyar.. Kalau tak dapat syafaat.. alamatnya orang beriman2 tersebut akan DIRENDAM dalam NERAKA bagi menghapuskan dosa2 mereka dan barulah masuk syurga. Na'uzubillahi min zalik. Salah satu syafaat di padang mahsyar ialah syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Camner nak dapat syafaat nabi S.A.W.??? antara caranya ialah banyakkan berselawat, mengamalkan sunnah...

7. Berwaspada atau berjaga2 dalam setiap gerak geri
Orang2 yang bersedia utk menghadapi mati yang bila2 masa bleh datang ni, meraka akan sangat menjaga tingkah laku mereka. Nak berbuat sesuatu fikir dulu.. tepuk dada tanya iman...

8. Minum kencing syaitan?
Jangan minum dan makan menggunakan tangan kiri melainkan darurat (cth: cacat). Nabi S.A.W pernah tegur sahabat yang menggunakan tangan kiri. Nabi nampak syaitan kencing. Kesannya, malas utk beribadat... payah nak terima nasihat...

9. Al-Quran sebagai teman dalam kubur
Camner nak dapat ni??? caranya ialah dengan kita berdamping dgn Al-Quran. Maksudnya kita selalu membaca Al-Quran. Bacalah skurang2nya sehelai sehari. Jangan tak baca langsong... Kalau boleh tadabbur jugak iaitu menghayati makna2 ayat...

Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

33) Doa Menghadapi Peperiksaan (by sahabat ana, Amar el-Faruqy)

32) Always Be There (Accapella Cuba2) by Fahmi Ahmad Dusuki

saja cuba2 guna music maker ni... accapella berterabur.. hehe... sila beri tunjuk ajar... =)


31) Merenung Keaiban Diri 3

"orang yang berasa dirinya sudah banyak DOSA jauh lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang berasa dirinya sudah banyak BERAMAL..."




orang yg rasa diri dia dah banyak dosa akan sentiasa bertaubat dan berterusan membaiki diri. orang yg rasa diri dia dah banyak amal akan lalai utk bertaubat dan mudah utk mencuba membuat dosa.

orang yg rasa dah banyak amal akan mudah utk memandang rendah terhadap org lain termasuk dalam hal2 ibadat. cth: pandang hina kat org2 yang tdak ke masjid.

orang yg merasa diri dia banyak dosa akan sentiasa berasa takut kalau2 taubatnya tidak diterima dan berharap taubatnya akan diterima oleh Allah S.W.T.

Tuesday, March 1, 2011

28) Merenung Keaiban Diri 18


BODOH.. BODOH... BODOH... BODOHNYA kita jika masih seronok menjadi hamba Allah yang DERHAKA... masih seronok tinggalkan PERINTAH ALLAH... masih selesa lakukan LARANGAN ALLAH... seolah2 TAK YAKIN adanya AZAB KUBUR, AZAB NERAKA... BODOHNYA kita langsung TAK NAK NAK BERTAUBAT... TAK NAK MENGINSAFI DIRI... main2 dgn ALLAH... "ya Allah, ampunilah dosa2 kami"

27) Merenung Keaiban Diri 17

apabila Allah Ta'ala tidak akan lagi menerima taubat hamba2Nya yang mana pada masa MATAHARI sudah terbit di sebelah barat dan nyawa sudah sampai di HALQUM, orang2 BERIMAN dan orang2 ISLAM yang tidak mahu bertaubatlah akan menjadi golongan yang SANGAT2 rugi kerana mereka mengetahui dan meyakini KEBENARAN tetapi tidak mahu menurutinya.