Tuesday, April 26, 2011

74) Merenung Keaiban Diri 65

REMAJA sekarang sangat terdedah dengan JALAN KE NERAKA.. MAKSIAT dan DOSA depan mata je... HIBURAN MELAMPAU, VIDEO LUCAH, PERGAULAN BEBAS, FESYEN MENDEDAHKAN AURAT. Lebih buruk lagi KEJAHILAN ilmu dan KERAPUHAN iman dan amal. Lebih membimbangkan, TAUBAT entah ke mana.. MASJID entah ke mana.. MAJLIS ILMU entah ke mana.. SAHABAT SOLEH entah ke mana. Tiada benteng, maka terus hanyut dan hanyut. bimbang DIRI dan UMAT...

Monday, April 25, 2011

73) Merenung Keaiban Diri 64

Apabila setiap permintaan kita ditunaikan..maka berhati2 lah kerana akan ada pula permintaan dan AMANAH ORANG yg wajib kita tunaikan pula. Maka jgn terlalu banyak meminta jika tidak dapat menunaikan.. Permintaan kita kepada Allah juga ada amanah. Contohnya kita Mohon kepada Allah murah rezki..Lalu Allah menunaikannya. Maka apabila rezki itu Allah berikan..maka di dalamnya ada amanah Allah yg wajib kita tunaikan. (Ustaz Mokhtar Senik) 
 Facebook Ustaz Mokhtar Senik

72) Merenung Keaiban Diri 63

CINTA sebelum perkahwinan itu sukar dikawal daripada dimasuki KEMAKSIATAN... maka sukar mahu menetapkan KESETIAAN kerana apabila hati tertumpu kepada CINTA si dia yang belum sah dan halal akan mengundang lebih banyak nodaan MAKSIAT... maka hati akan sakit... tidak merasai KEMANISAN IMAN... namun terkadang nafsu menang, tewaslah diri... hilanglah pertimbangan diri...

71) Merenung Keaiban Diri 62

Di zaman tidak ada Nabi dan Rasul penggantinya ialah kumpulan Islam, sama ada yang dinamakan parti Islam disetengah negeri atau jamaah Islam disetengah negeri yang lain. Parti Islam ini mestilah memenuhi sifat-sifat parti yang memperjuangkan Islam yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Abdul Awang)
Facebook Tuan Guru Haji Abdul Hadi 
 GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM SEDUNIA

70) Merenung Keaiban Diri 61

LIDAH YANG SAKIT tidak dapat merasai KEMANISAN MAKANAN... begitu juga HATI YANG SAKIT... tidak dapat merasai KEMANISAN IMAN... HATI YANG SAKIT berpunca daripada perbuatan DOSA... maka, bertaubatlah dan membaiki diri... takut2, sampai MATI tidak merasai KEMANISAN IMAN... sampai MATI tidak menjadi HAMBA ALLAH YANG BAIK... (diolah dr artikel Ustaz Pahrol Juoi : Solusi 30)

69) Merenung Keaiban Diri 60

Bukanlah digelar miskin orang yg berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu @ dua suap (makanan) & satu @ dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin ialah orang yg TIDAK MENEMUI KEKAYAAN yang mencukupi keperluannya (yakni kaya tetapi masih merasakan tidak cukup), TIDAK MENGERTI ke manakah hartanya patut disedekahkan & tidak mahu berusaha sebaliknya hanya meminta-minta kepada manusia. ~Riwayat Bukhari~ (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)
Facebook Ustaz Zaharuddin 

Saturday, April 23, 2011

68) Merenung Keaiban Diri 59

Ulama sesepuh gerakan Islam ini anak usrah Said Hawwa dan Dr Muhammad al Wakeel..dia tidak pernah lelah berjuang,,dijerang panas..disiram embun..dia bangun disepertiga malam ketika kita lena berdengkur..dia bersimpuh di atas sejadah, ketika kita berlingkar spt biawak kekenyangan,,ketika kita mengumbar..mulutnya menasbih nama Tuhan.... DIA BUKAN LIABILITI TEMAN, DIA EMAS KITA..jln terus ayah Chik anak muda dibelakang. (Ustaz Riduan Mohd Nor)
"apa khabar Sheikh abdul hadi..dia sihat?" tanya pimpinan HAMAS ketika aku melepasi Khan Yunis, Gaza yg terbakar. Di setiap penjuru dunia yg aku tiba,,tokoh2 gerakan bertanyakan Sheikh abdul Hadi. Dia sebaris Mehdi Aqif, Qazi Husain, Erbakan, Pak Hussein Umar, Dr Hasan Turabi, Dr Badie..jgn nistakan dia teman,,jika kamu tidak mengenalinya.. (Ustaz Riduan Mohd Nor)
 

Dia suka memenjarakan diri di maktabah semasa belajar, daripada kelompok maktabah itulah dia membina jaringan pelajar Malaysia di Madinah dlm dekad 70an. Hidupnya berselimut dgn buku, sebelum mendaftar phD dia pulang ke tanah leluhurnya, menggantikan ayahandanya di masjid Rusila. Membaca dan menulis adalah madu kehidupan yg beliau hirup sbg maestro gerakan Islam tanah air... (Ustaz Riduan Mohd Nor)

67) Merenung Keaiban Diri 58

Sebahagian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan. Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. Tanpa sgr diubah, ia bkl menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya. (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

66) Merenung Keaiban Diri 57

"Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persedian adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya." _Dr. Abdullah Azzam_ (Dalila Hanim)

65) Merenung Keaiban Diri 56

"Langkah pertama untuk mendidik anak bukanlah dengan mengazankannya, tetapi dengan memilih ibu yang solehah untuknya!" (Muslihah Mohd Padzil)

64) Merenung Keaiban Diri 55

Nasihat Rasulullah; "Tanda ALLAH membenci seseorang hambaNya, dia akn sntiasa sibuk dgn perkara yg tiada kaitan dgn dirinya. Sesaat umur yg pergi tanpa digunakn utk ibadah, pasti membuatkn manusia menyesal nanti. Sesiapa yg tlah mncapai umur 40 thn, sdangkan amalan kebaikannya trlalu sedikit berbanding dgn kejahatannya, maka brsedialah utk dihumban ke Neraka" [Petikan Khutbah Jumaat 15/4/2011 Masjid an-Munawwarah] (Mohamad Termizi)

63) Merenung Keaiban Diri 54

teman,,,jika merasa penat dlm perjalanan dakwah,,tarik nafasmu panjang..tatap langit mlm yg indah ini...bayangkan ibroh perang tabuk,,3 sahabat yg dikucilkan akibat tidak berangkat ke medan..berpada2lah..menghentam gerakan islam,tetapi kita berpeluk tubuh,,di kasur yg empuk.   (Ustaz Riduan Mohd Nor)

62) Merenung Keaiban Diri 53


Perbuatan TAAT boleh dilakukan oleh semua orang. tapi untuk meninggalkan MAKSIAT, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur pada Allah) iaitu orang yang tahu bahawa Allah tahu segala apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA walau perbuatan itu sebesar zarah sekalipun. (ايمي نادية يعقوب)

61) Merenung Keaiban Diri 52

ibarat macam KUCING nampak IKAN GORENG... begitulah mata lelaki apabila ternampak orang perempuan... lebih2 lagi awek yg terdedah tubuhnya... maka tutuplah IKAN GORENG dengan tudung saji atau apa jua skalipun asalkan bersesuaian dengan fitrahnya... begitu jualah AURATMU, tutuplah ia dengan sempurna berlandaskan SYARIAT ISLAM. Allah mengasihi orang yang membaiki diri.
 

60) Merenung Keaiban Diri 51

nilaian Allah bukanlah pada kekuatanmu. nilaian Allah bukanlah pada ketampanan dan kecantikanmu. nilaian Allah bukanlah pada kemasyuranmu. nilaian Allah bukanlah pada kekayaanmu. nilaian Allah pada KETAQWAANMU...
* gambar hiasan : Takiya Genji. Genji mengejar kemasyuran.. Genji memiliki kekuatan dan rupa paras yang tampan...

Friday, April 22, 2011

59) Merenung Keaiban Diri 50

"Sebaik-baik wanita adalah yang tinggal dirumahnya, semulia-mulia wanita adalah yang menjaga kehormatannya, selembut-lembut wanita adalah yang menjaga akhlaknya, semalu-malunya wanita adalah yang menjaga hijabnya, secantik-cantik wanita adalah yg baik hatinya, sebaik-baik dunia adalah perhiasan, perhiasan yang terindah di dunia ini adalah wanita solehah." (Siti Amira Hussin)

58) Merenung Keaiban Diri 49

Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. (Dalila Hanim)

57) Merenung Keaiban Diri 48

jangan kita sebarkan sesuatu perkara yang kita xde ilmu mengenainya... bimbang kita menimpakan keatas orang lain keburukan... sesungguhnya sikap adil itu lebih dekat kepada taqwa... (Falias Taqiunis)

56) Merenung Keaiban Diri 47

"siapa lebih menyukai dunianya,dia meremehkan akhiratnya.. siapa lebih menyukai akhiratnya, tentulah meremehkn dunianya.. pentingkan yang kekal di atas yang fana." (Saudari Arafah)

55) Merenung Keaiban Diri 46


Tatkala handset kita rosak, maka segera kita pergi membaikinya, Tatkala iman kita tercemar, adakah kita segera mengubatinya? Apabila kita sentiasa menjaga handset kita dari terjatuh, Adakah kita sentiasa menjaga iman di hati agar tidak merudum? Bilamana kita marah orang lain merendah2kan kualiti handset kita, Sudahkah kita sentiasa menjaga kesucian dan kemuliaan Islam? Tepuk dada tanya iman (^^,) (Farhana Ahmad Dusuki)

54) Merenung Keaiban Diri 45

Umat Islam berpecah belah??? KEBENARAN vs KEBATILAN tetap berlaku dari dulu hinggalah sekarang... tak berubah! semasa di MAKKAH hanya ada dua golongan iaitu ISLAM dan KAFIR... kemudian di MADINAH bertambah kpd 3 golongan iaitu ISLAM, KAFIR dan MUNAFIQ... hakikatnya bukan ISLAM vs ISLAM sekarang tapi KEBENARAN vs KEBATILAN... sama2 kita meneliti...

53) Merenung Keaiban Diri 44

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." (sahabatku Akmal)

52) Merenung Keaiban Diri 43

kita sedar ilmu agama kita tak tinggi tak perlu nak ikut serta MENGOMEN dan MENGHENTAM para ulamak... BUAT KERJA2 UNTUK ISLAM apa yang kita pandai... SAMPAIKAN RISALAH ISLAM sekadar yang kita tau... MENUNTUT ILMU sampai mati...

51) Merenung Keaiban Diri 42

Buat semua penulis, khususnya WARTAWAN akhbar, penulis majalah, pemilik blog, web & yg sepertinya. SEDARI & KETAHUI bahawa TULISAN/LAPORAN anda boleh menambah jutaan dosa, gaji HARAM & murka Allah bila sengaja MENCIPTA CERITA X BENAR @ laporan akibat kajian x berhati2. Boleh menambah PAHALA berjuta2, apabila tulisanmu membawa manfaat baik kpd manusia. Justeru, pilihan ditangan masing2. (Ustaz Zaharuddin)

50) Merenung Keaiban Diri 41

Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk. ~Imam Malik~ (Ustaz Faizal)

49) Merenung Keaiban Diri 40

:: ingatkan diri ini dan diri kalian, Syurga tidak mengalu-ngalukan mereka yang BERSENANG-LENANG dan MELEBIH-LEBIHKAN DUNIA...maka tentukanlah pilihan perjalanan ini, bersenang-senang yg sementara sekarang atau bersenang-senang yg selamanya di sana nanti :: (Ainul Mardhiah)

48) Merenung Keaiban Diri 39

kita sering ingin kelihatan MULIA di hadapan manusia... walaupun terkadangnya tanpa kita sedar kita mencari KEMULIAAN dengan memperkecilkan diri kita di hadapan manusia... betapa halus tipu daya syaitan itu... maka perlulah menghakis sifat KEPURA-PURAAN itu agar kita menjadi manusia yang benar2 JUJUR dan BERTAQWA KEPADA ALLAH S.W.T.

Tuesday, April 19, 2011

47) Merenung Keaiban Diri 38

Upload berpuluh album kt FB, posing sane, posing sini, pastu org puji "cantiknye u ni", "ala, manew adew, biashe2 jewwww, anugerah Allah (^ .^)" Haa! Dh tau anugerah Allah s.w.t tu, jagalah elok2 ye, x perlu kot nak upload semua gambaq kita pernah tangkap masuk dlm FB, simpanlah "kecantikan" tu pd yg betul2 berhak nnti k ;) la ni mcm2 benda pelik org boleh buat ngan gambaq kita, sendiri mau ingat la ye.. (Asnal Nashriq Bin Khirrudin)

46) Merenung Keaiban Diri 37

Kata Imam Ali RA; "CINTAILAH seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. BENCILAH seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah. (Ustaz Zahazan Mohamed)

45) Merenung Keaiban Diri 36

Imam Al-Ghazali pernah berkata " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ". (Ustaz Faizal)

44) Merenung Keaiban Diri 35

Allah tidak menghalalkan suatu kecuali telah sedia dlm makluman ilmu Allah suatu itu selamat dan baik untuk hambaNya. Allah tidak mengharamkan suatu kecuali telah sedia dlm makluman Allah suatu itu buruk dan tidak selamat bagi hambaNya. Mengapa harus rasa bijak jika dapat melakukan apa yg Allah kata haram, dan mengapa harus rasa bersalah bila memilih apa yg Allah kata halal? (Ustaz Mokhtar Senik)

Monday, April 18, 2011

43) Merenung Keaiban Diri 33

Seorang mukmin (orang beriman) hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata'ala [al-Hasan al-Bashri] (Abuyya Ummi)

Sunday, April 17, 2011

42) Merenung Keaiban Diri 30

Kebahagiaan itu adalah dengan menghafal Al-Quran dan beramal dengannya. Apabila Allah telah mengurniakan kepada engkau nikmat menghafal kalamnya, maka di antara kesalahan besar itu adalah engkau melupakannya dan tidak beramal dengannya. (Muslihah Mohd Padzil)

41) Merenung Keaiban Diri 27

Antara tanda seorang itu berhati 'kotor' atau sedang ditipu oleh perangkap SYAITAN adalah, apabila dia melihat, mendengar atau membaca seseorang berkongsi nasihat, tazkirah & inti yang baik dengan yg lain, DIA AKAN MULA MENYERANG si penasihat dgn plbgai tuduhan buruk, atau berkata 'dia pun pernah buat juga' & ungkit apa2 kelemahan individu penasihat yg silam atau dgn fitnah. Hati-hatilah... (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Friday, April 15, 2011

40) Merenung Keaiban Diri 26

kita adalah HAMBA ALLAH... manusia2 di sekeliling kita juga adalah HAMBA ALLAH... setiap HAMBA ALLAH mempunyai kembara hidupnya sendiri... jatuh bangunnya dalam mencari REDHA ALLAH... maka perbaikilah dan bersikap adil lah SANGKAAN kita terhadap HAMBA2 ALLAH di sekeliling kita... kerana pengakhiran dan pengadilan yang sebenar adalah di AKHIRAT kelak...

Tuesday, April 12, 2011

39) Merenung Keaiban Diri 25

Semuanya ada dalam Islam. facebook, sains, ekonomi, politik, sukan, hiburan, seks, nyanyian, permainan, adab, lakonan percintaan, persahabatan, buat roti canai dan segala2nya. yakinlah kita bahawa Islam adalah cara hidup yang TERBAIK. maka, mari kita BERUSAHA BERSUNGGUH2 utk jadi umat Islam yang sebenar2 ISLAM. ikat diri kita dengan HALAL dan HARAM menurut pandangan ISLAM.
 

38) Merenung Keaiban Diri 24

ada 3 orang buta sejak daripada lahir. tiba2, dorang terjumpa gajah. dorang tak pernah tgk gajah. ORG BUTA 1 peganglah belalai gajah, ORG BUTA 2 pegang perut gajah, ORG BUTA 3 pegang ekor gajah. maka, ketiga2 orang buta ni bagi gambaran gajah mengikut apa yg DIPEGANG oleh mereka. bergaduhlah mereka. datanglah ORG CELIK menyedarkan mereka bahawa GAJAH itu adalah kesemua yg dorang gambarkan. ISLAM MERANGKUMI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Saturday, April 2, 2011

37) Merenung Keaiban Diri 21



kurniaan Allah itu pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya... MATA kita bukanlah pengadil terbaik menilai peribadi seseorang... MATA kita bukanlah juri terbaik menilai sikap seseorang... MATA kita bukanlah hakim terbaik menilai pengorbanan seseorang... Allah berhak memilih sesiapa sahaja menjadi makhluk kesayangan-Nya...

Friday, April 1, 2011

36) Merenung Keaiban Diri 20

hanya orang yang PERNAH makan buah durian je akan mengetahui RASA buah durian tersebut... begitu juga rasa KEMANISAN IMAN... orang yang TAK PERNAH bersusah payah melawan hawa nafsunya tidak akan dapat merasainya...