Friday, May 20, 2011

75) Merenung Keaiban Diri 66

MULAKANLAH atau IRINGKANLAH pengajian ilmumu dengan asas2 FARDHU 'AIN... berapa ramai orang yang hanya pandai ILMU DUNIAWI... berapa ramai orang yang seronok MENCEMUH PARA ULAMA... berapa ramai orang yang pandai2 mengeluarkan sesuatu HUKUM... berapa ramai orang yang sesuka akal MENAFSIRKAN AL-QURAN DAN MENSYARAHKAN AL-HADIS... sedangkan ilmu FARDHU 'AINNYA masih sangat rapuh. (Muhasabah)
 FREE BACA BUKU FARDHU 'AIN : http://www.perkim.net.my/content.cfm?ID=672E4633-938B-1C98-9A9554932245A86C

Tuesday, April 26, 2011

74) Merenung Keaiban Diri 65

REMAJA sekarang sangat terdedah dengan JALAN KE NERAKA.. MAKSIAT dan DOSA depan mata je... HIBURAN MELAMPAU, VIDEO LUCAH, PERGAULAN BEBAS, FESYEN MENDEDAHKAN AURAT. Lebih buruk lagi KEJAHILAN ilmu dan KERAPUHAN iman dan amal. Lebih membimbangkan, TAUBAT entah ke mana.. MASJID entah ke mana.. MAJLIS ILMU entah ke mana.. SAHABAT SOLEH entah ke mana. Tiada benteng, maka terus hanyut dan hanyut. bimbang DIRI dan UMAT...

Monday, April 25, 2011

73) Merenung Keaiban Diri 64

Apabila setiap permintaan kita ditunaikan..maka berhati2 lah kerana akan ada pula permintaan dan AMANAH ORANG yg wajib kita tunaikan pula. Maka jgn terlalu banyak meminta jika tidak dapat menunaikan.. Permintaan kita kepada Allah juga ada amanah. Contohnya kita Mohon kepada Allah murah rezki..Lalu Allah menunaikannya. Maka apabila rezki itu Allah berikan..maka di dalamnya ada amanah Allah yg wajib kita tunaikan. (Ustaz Mokhtar Senik) 
 Facebook Ustaz Mokhtar Senik

72) Merenung Keaiban Diri 63

CINTA sebelum perkahwinan itu sukar dikawal daripada dimasuki KEMAKSIATAN... maka sukar mahu menetapkan KESETIAAN kerana apabila hati tertumpu kepada CINTA si dia yang belum sah dan halal akan mengundang lebih banyak nodaan MAKSIAT... maka hati akan sakit... tidak merasai KEMANISAN IMAN... namun terkadang nafsu menang, tewaslah diri... hilanglah pertimbangan diri...

71) Merenung Keaiban Diri 62

Di zaman tidak ada Nabi dan Rasul penggantinya ialah kumpulan Islam, sama ada yang dinamakan parti Islam disetengah negeri atau jamaah Islam disetengah negeri yang lain. Parti Islam ini mestilah memenuhi sifat-sifat parti yang memperjuangkan Islam yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Abdul Awang)
Facebook Tuan Guru Haji Abdul Hadi 
 GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM SEDUNIA

70) Merenung Keaiban Diri 61

LIDAH YANG SAKIT tidak dapat merasai KEMANISAN MAKANAN... begitu juga HATI YANG SAKIT... tidak dapat merasai KEMANISAN IMAN... HATI YANG SAKIT berpunca daripada perbuatan DOSA... maka, bertaubatlah dan membaiki diri... takut2, sampai MATI tidak merasai KEMANISAN IMAN... sampai MATI tidak menjadi HAMBA ALLAH YANG BAIK... (diolah dr artikel Ustaz Pahrol Juoi : Solusi 30)

69) Merenung Keaiban Diri 60

Bukanlah digelar miskin orang yg berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu @ dua suap (makanan) & satu @ dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin ialah orang yg TIDAK MENEMUI KEKAYAAN yang mencukupi keperluannya (yakni kaya tetapi masih merasakan tidak cukup), TIDAK MENGERTI ke manakah hartanya patut disedekahkan & tidak mahu berusaha sebaliknya hanya meminta-minta kepada manusia. ~Riwayat Bukhari~ (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)
Facebook Ustaz Zaharuddin