Sunday, November 28, 2010

6) Kuliah Ustaz Faizal 3


Penceramah : Ustaz Faizal
Hari : Isnin
Tarikh : 20.5.2010
Tempat : Masjid Bandar Raub (Masjid Lama)
Kadar : Seminggu sekali
Kitab : Minhajul 'Abidin dan Al-Hikam


1. Apa itu karamah?
Karamah ni salah satu perkara luar biasa yang berlaku kat hamba-hamba Allah. Antara perkara luar biasa yang lain ialah mukjizat, irhas, maunnah dan lain2. Karamah ni hanya berlaku kat hamba-hambah yang dikasihi atau yang dekat dgn Allah.. Biasa kita panggil wali Allah. Jadi, karamah ni tanda Allah memuliakan hamba-Nya. Kena faham baik.. Allah yang memuliakan...

Karamah terbahagi kepada beberapa pecahan dan salah satunya ialah Karamah Maknawiyah iaitu karamah yang berlaku dalam jiwa. Maksudnya ialah perubahan yang berlaku dari sifat-sifat buruk (mazmumah) kepada sifat-sifat baik (mahmudah). Contohnya, sifat Riak kepada sifat Ikhlas. Ibn Atha'illah berpendapat Karamah Maknawiyah ni adalah karamah paling besar atau utama berbanding karamah-karamah zahir yang lain seperti berjalan di atas air dan sebagainya.

2. Sebab apa Syariat itu penting?
Sudah tentu sangat penting. Sebab tidak akan sampai kepada Allah amalan2 kalau tak ikut syariat walau sehebat mana amalan tersebut. Terkejut? memangla. Syariat nilah 'guide' kita dan 'pelaksanaan' kita sebagai hamba Allah.. kalau takder syariat, manusia solat ikut sukala.. Syariat meliputi zahir dan batin.. bukan zahir je...

3. Apa itu khadam ye?
Ustaz ada sentuh berkaitan khadam dan pengalaman beliau di Mesir. "Khadam ni bukan macam cerita P. Ramlee" ustaz kata. hehe... tapi khadam ni adalah berkhidmat kepada guru untuk mentarbiyah jiwa agar bersikap tawaduk kepada guru (adab dgn guru).

4. Mengutamakan nilaian manusia
Manusia akhir zaman lebih 'memandang' nilaian manusia berbanding nilaian Allah. Sedangkan pandangan Allah itu adalah yang utama. Inilah hakikat yang kita perlu akui hidup di akhir zaman ni. Renung kembali diri kita...

5. Menghukum dengan Hakikat?
Kita tidak boleh menghukum seseorang itu dgn Hakikat tetapi dengan Syariat menurut Ibn 'Ajaibah. Contohnya ialah sifat munafiq.. Kita tak boleh tuduh-tuduh...

6. Sifat Al-Qahar Allah
Maksudnya ialah kehendak Allah. Sama ada makhluk mahu atau tidak mahu, itu kehendak Allah...

7. Muhasabah
Kita selalu muhasabah orang tapi jarang muhasabah diri. Maksudnya, selalu nampak kesalahan orang berbanding kesalahan diri. Nak tau? Syed Hawa apabila melihat maksiat, beliau akan berdoa, "Ya Allah, kurniakan hidayah kepadaku". Betapa risaunya beliau dan berharap kepada Allah...

8. Dosa-dosa batin bawak ke Neraka???
Dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa zahir dan dosa batin... Kita cukup arif dgn dosa-dosa zahir seperti mencuri, berzina, membunuh dan sebagainya. Kita juga tahu dosa-dosa ni akan membawa manusia kepada azab neraka Allah. Tapi kita tak perasan dan tak tahu yang dosa-dosa batin juga membawa kita kepada neraka Allah seperti sifat takabbur, riak, sangka buruk dan lain-lain... sifat2 ni tak berdosa ke??? so, taubat itu meliputi zahir dan batin la jugak... bukan beristighfar utk dosa2 zahir sahaja.

9. Nak ingat Allah pun kena berlatih
Kalau kita tgk orang main bola sepak ataupun orang yang menari shuffle.. adakah dorang ni dah expert sejak awal2 lagi??? sudah tentu tidak.. dorang mesti dah berlatih dgn gigihnya utk menjadi hebat dan mahir. begitu jugak nak ingat Allah. kena berlatih. so, zikir kena banyak2 bukan sedikit... pernah tgk hafiz Quran mengigau mengaji Quran??? memang ada. sebabnya kehidupan seharian beliau dipenuhi dgn menghafaz al-Quran. Subhanallah.. Sebab itu wujudnya tarekat2.. inilah jalan2 atau latihan2 nak ingat Allah.. bukannya mudah nak isbatkan Allah dalam hati setiap waktu...

Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

Facebook: Mohammad Faizal
Blog: http://tasawwufal-islami.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment