Thursday, November 25, 2010

1) Kuliah Tuan Ibrahim Tuan Man 1

Penceramah : Ustaz Tuan Ibrahim
Hari : Rabu
Tarikh : 20.5.2010
Tempat : Masjid Bandar Raub (Masjid Lama)
Kadar : Dua bulan sekali


1. Keberkatan ilmu lebih utama daripada ilmu yang banyak.
Maksudnya... Tak guna kalau ilmu banyak tapi tak amal... Tak guna ilmu banyak tapi tak bertaqwa...

2. Beberapa golongan yang masuk syurga tanpa hisab, iaitu ORANG GILA, ORANG BUTA, ORANG BISU dan ORANG PEKAK. Takder taklif.
Ana masih kurang faham tentang ini... Nanti rujuk kat ustaz-ustaz...
Kesimpulan: Terdapat GOLONGAN YANG HINA di dunia, tapi MULIA di akhirat. (Sila rujuk Surah al-Waqi'ah)

3. Ziarah rumah orang meninggal dunia tapi tak solat jenazah.
Terdapat kebanyakan umat Islam yang begini (tanya diri kita). Nanti time kita mati nanti... Takder orang solat utk kita.. sedih2... Pastu, pahala orang yang mengusung jenazah sebesar BUKIT UHUD.. ada hadisnya.. aritu terbaca kat facebook Ustaz Zahazan. Check it out.. hehe

4. Kiamat takkan berlaku selagi AZAN berkumandang di bumi.
Ini pasal tanda2 kiamat... Slain tu, Allah takkan bagi ORANG MUKMIN tgk dasyatnya hari kiamat.. Maknanya, time kiamat berlaku takder ORANG MUKMIN dah melainkan yang ada orang2 KAFIR dan MUNAFIK...

5. Azab bagi ORANG MUNAFIK lagi besar dari ORANG KAFIR...
fuhh... Antara tanda yang membuatkan para sahabat tau siapa orang MUNAFIK ialah: tak datang solat berjemaah SUBUH kat masjid!!! waktu lain dorang datang.. ish3...

6. Berkaitan HUZAIFAH Radhiallahu 'anhu.
Huzaifah merupakan SATU2NYA sahabat Rasulullah S.A.W. yang tau siapa dia orang2 munafiq. Maksudnya, hanya HUZAIFAH je yang ada senarai nama orang2 munafiq... Sebelum Rasulullah S.A.W. wafat, Baginda S.A.W bisikkan nama2 tersebut kat Huzaifah.

7. Umar tanya HUZAIFAH???
ni kisah yang sangat menyentuh hati... Apabila Umar Radhiallahu 'anhu tau yang Huzaifah ada senarai nama orang2 munafiq... Tau x Umar tanya apa??? Umar tanya Huzaifah:
"Adakah dalam senarai tu ada nama dia (Umar)??? ish3... Umar al-Khattab merupakan orang yang terawal dijanjikan syurga iaitu selepas Abu Bakar As-Siddiq... Boleh dia tanya adakah dia ni termasuk orang2 munafiq??? Ya Allah.. inilah sifat sahabat Nabi S.A.W. Sangat TAKUT (Khauf) dan BERHARAP (Roja') kepada Allah S.W.T.

Umar al-Khattab melantik gabenor2 (macam Menteri Besar la zaman kita, mudah faham.. hehe) semasa beliau menjadi Khalifah. Umar sangat berhati2 memilih gabenor2... Selepas dah pilih.. Umar tanya kat Huzaifah: "Adakah dalam kalangan gabenor yang dia pilih ni ada ORANG MUNAFIQ?" Alangkah terkejutnya Umar... Ada 3 orang munafiq dalam pilihan Umar... Kesimpulan: Golongan munafiq sangat sukar dikesan melalui zahirnya. Sebab tu mereka menerima AZAB yang sangat pedih...

8. EMPAT sifat orang MUNAFIQ.
Pernah dgr kan pasal sifat-sifat ni? Antaranya, apabila berkata dia dusta, apabila dia berjanji dia mungkiri janji dan lain2... Siapa ada sifat ini dikira MUNAFIQ???

Perbahasannya:
1) MUNAFIQ I'TIQODI => mereka yang benar2 munafiq iaitu hanya berpura2 Islam
2) MUNAFIQ 'ASI => ini golongan yang ada salah satu sifat munafiq tadi.. golongan ni bukanlah yang dimaksudkan sebagai munafiq yang akan terima azab yang lebih pedih drpd orang kafir.. mereka ini ialah golongan yang Fasiq.. berdosa besar...

Antara tanda MUNAFIQ I'TIQODI : tak seronok dgn kemenangan Islam. Cth, Islam menang di Algeria. Walaupun tak kenal mereka kat sana, tapi tetap rasa seronok sbab antara orang2 mukmin ni ada pertalian. Macam wayar elektrik Ustaz Tuan Ibrahim ckp..=)

Kesimpulan: Dua2 munafiq ni neraka juga balasannya kalau tak BERTAUBAT.. apa yang kita takut, kita tergolong dalam kalangan MUNAFIQ... Na'uzubillah min zalik (mohon Allah jauhkan daripada hal tersebut)

Apabila terdapat mereka yang menyokong perkara yang bercanggah dgn Islam, rasa marah dan benci... Hal ni bukan kira PARTI Ustaz Tuan Ibrahim cakap... ni asas bagi setiap orang yang mengaku Islam... hehe.. Umno ke Pas ke PKR... kena ada rasa ni... pastu barulah ada susulan yang perlu diambil kira..=)

9. Berkaitan dengan MA'ARUF.
Ma'ruf ni menda2 yang semua orang gerenti akan akuinya baik.. Contohnya, sedekah dan derma. Takder orang yang cakap tak baik.. Perintah "Amar Ma'ruf" iaitu "menyuruh orang buat baik" adalah kerana terdapat halangan untuk buat baik walaupun pada hakikatnya semua orang akui perkara2 tersebut adalah baik. Penghalang tersebut tak lain tak bukan adalah datang dari SYAITAN. Sebab tu ada perintah Amar Ma'ruf sedangkan sepatutnya menda yang orang dah akui baik x perlu la nak suruh2 dah. Tapi SYAITAN yang menghalang dgn membisikkan bisikan2 keraguan... (ni apa yg ana faham)

10. Semua amalan dicatat
Ustaz Tuan Ibrahim kaitkan dgn kisah Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar menceritakan bahawa tiap2 pergerakan kita di dunia ni akan dicatat oleh malaikat, hatta gerakan jari kita! Contoh: garu muka guna jari. Memang semua perkara dicatat tapi tak semua dihisab... Berbalik pada hukum harus la. Kalau niat buat sesuatu tu kerana Allah, inshaAllah boleh mendatangkan pahala. Contoh daripada Ustaz Tuan Ibrahim: Seorang guru sentuh gelas dalam kelas, niatnya utk ngajar kat anak2 murid.=)

11. Derma sedikit
Cuba renung2kan... Kita derma sedikit sebab kita rasa kita nak guna duit kita untuk perkara2 lain... Sedar tak, sebenarnya kita rasa yakin yang umur kita panjang lagi.. Sebab tula kita derma sikit.. Tol x?

Berkaitan derma dgn ikhlas. Tak semestinya DERMA TERANG2AN itu TAK IKHLAS dan tak semestinya DERMA SEMBUNYI2 itu IKHLAS... Faham x? Maksudnya, ikhlas ni payah nak baca... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Selain itu, sebaik2 derma adalah ketika susah... Jadi bila rasa susah dermalah.. Yakinlah dgn Allah... Berusahalah kita ke arah itu. Mudah2an.

Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

Facebook: Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment