Tuesday, November 30, 2010

8) Merenung Keaiban Diri 2



"PEMERINTAH juga perlu BERTAQWA...
AHLI POLITIK juga perlu BERTAQWA...
ARKITEK juga perlu BERTAQWA... DOKTOR juga perlu BERTAQWA...
WARTAWAN juga perlu BERTAQWA...
PENSYARAH juga perlu BERTAQWA.. MAHASISWA juga perlu BERTAQWA...
SEMUANYA perlu BERTAQWA..."


ISLAM bukan sekadar terdiri daripada ULAMA', USTAZ dan USTAZAH atau digelar sebagai GOLONGAN AGAMA. Bukan mereka je kena BERTAQWA KEPADA ALLAH... Semua hamba Allah S.W.T. kena BERTAQWA KEPADA ALLAH... kembalilah kepada ISLAM yang syumul...

7) Merenung Keaiban Diri 1

"alaa.. aku buat maksiat pun... aku tak tinggal solat tau!!!", "hmmm... aku tak pakai tudung tapi aku solat keh!!!"

pelik.. pelik... kita berusaha MENTAATI AllAh S.W.T. dalam solat kita... tapi mengapa kita selesa MENGINGKARI Allah S.W.T di luar solat kita???



Halida Baharuldin
cek solat...solat yang tidak diterima oleh Allah tidak akan dpt merubah perlakuan manusia...sebab itu ramai yang solat tapi masih melakukan maksiat..solat yang diterima akan mengubah hati manusia menuruti perintah Allah dan meninggalkan laranganNya...Betapa ramai masa kini manusia yang solat tetapi solatnya tidak diterima...Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ini...

Fahmi Ahmad Dusuki
hakikatnya, solat itu mencegah perkara yang MUNGKAR dan KEJI... setuju dgn Cikgu Halida... laksanakan solat... check solat... perbaiki solat ZAHIR dan BATIN (dgn thoriq dan salik menuju Allah di bawah bimbingan guru)

Fahmi Ahmad Dusuki
umumnya, kita tak faham bacaan kita dalam solat... sebab tu kita tak dapat hayati solat kita... tak rasa manisnya solat.. tak rasa KEHAMBAAN dalam solat...

Fahmi Ahmad Dusuki
khusyuk macam ikhlas... bukan bersifat SEMENTARA... kita niat solat KERANA ALLAH, hakikatnya kita kena JAGA khusyuk itu sampai salam... semuanya usaha yang berperingkat... cari guru utk bimbing...

Halida Baharuldin
InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki kualiti solat kita. Dengan solat yang cemerlang akan membentuk peribadi gemilang.Kita akan menjadi umat Islam yang disegani dan gemilang di dunia, gemilang di akhirat

Delisha Haseena
"...dirikanlah solat sperti melihat Allah,jika tidak mampu sesungguhnya Dia sedang melihat kamu..." -FiQh Ibadah-

اشرف الباندان
Allah...ISLAM itu terlalu INDAH bg mereka yg MENGHAYATI dgn penuh keimanan....=)....insyaAllah jemaah akn KUAT dgn Tarbiyah org2 soleh...Takbir!!!

Fahmi Ahmad Dusuki
berbeza hukum ZAHIR dan BATIN... Zahir -> feqah , Batin -> tasawuf... dr sudut feqah kalau tinggal satu rukun solat maka tak sah solat... dr sudut tasawuf berbeza kerana ia proses.. nak capai ikhlas, khusyuk bukan perkara mudah... jadi kita mmg patut TAKUT solat tidak diterima dan BERHARAP agar solat kita diterima... dalam masa yg sama kita berusaha membaiki khusyuk kita... Allahu'alam... maaflah.. ana sekadar dpt jawab yg ana tau je... mengaji pun kat kuliah2 maghrib di masjid2... tak faqih...

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=169890769700123&id=100000474438070

Sunday, November 28, 2010

6) Kuliah Ustaz Faizal 3


Penceramah : Ustaz Faizal
Hari : Isnin
Tarikh : 20.5.2010
Tempat : Masjid Bandar Raub (Masjid Lama)
Kadar : Seminggu sekali
Kitab : Minhajul 'Abidin dan Al-Hikam


1. Apa itu karamah?
Karamah ni salah satu perkara luar biasa yang berlaku kat hamba-hamba Allah. Antara perkara luar biasa yang lain ialah mukjizat, irhas, maunnah dan lain2. Karamah ni hanya berlaku kat hamba-hambah yang dikasihi atau yang dekat dgn Allah.. Biasa kita panggil wali Allah. Jadi, karamah ni tanda Allah memuliakan hamba-Nya. Kena faham baik.. Allah yang memuliakan...

Karamah terbahagi kepada beberapa pecahan dan salah satunya ialah Karamah Maknawiyah iaitu karamah yang berlaku dalam jiwa. Maksudnya ialah perubahan yang berlaku dari sifat-sifat buruk (mazmumah) kepada sifat-sifat baik (mahmudah). Contohnya, sifat Riak kepada sifat Ikhlas. Ibn Atha'illah berpendapat Karamah Maknawiyah ni adalah karamah paling besar atau utama berbanding karamah-karamah zahir yang lain seperti berjalan di atas air dan sebagainya.

2. Sebab apa Syariat itu penting?
Sudah tentu sangat penting. Sebab tidak akan sampai kepada Allah amalan2 kalau tak ikut syariat walau sehebat mana amalan tersebut. Terkejut? memangla. Syariat nilah 'guide' kita dan 'pelaksanaan' kita sebagai hamba Allah.. kalau takder syariat, manusia solat ikut sukala.. Syariat meliputi zahir dan batin.. bukan zahir je...

3. Apa itu khadam ye?
Ustaz ada sentuh berkaitan khadam dan pengalaman beliau di Mesir. "Khadam ni bukan macam cerita P. Ramlee" ustaz kata. hehe... tapi khadam ni adalah berkhidmat kepada guru untuk mentarbiyah jiwa agar bersikap tawaduk kepada guru (adab dgn guru).

4. Mengutamakan nilaian manusia
Manusia akhir zaman lebih 'memandang' nilaian manusia berbanding nilaian Allah. Sedangkan pandangan Allah itu adalah yang utama. Inilah hakikat yang kita perlu akui hidup di akhir zaman ni. Renung kembali diri kita...

5. Menghukum dengan Hakikat?
Kita tidak boleh menghukum seseorang itu dgn Hakikat tetapi dengan Syariat menurut Ibn 'Ajaibah. Contohnya ialah sifat munafiq.. Kita tak boleh tuduh-tuduh...

6. Sifat Al-Qahar Allah
Maksudnya ialah kehendak Allah. Sama ada makhluk mahu atau tidak mahu, itu kehendak Allah...

7. Muhasabah
Kita selalu muhasabah orang tapi jarang muhasabah diri. Maksudnya, selalu nampak kesalahan orang berbanding kesalahan diri. Nak tau? Syed Hawa apabila melihat maksiat, beliau akan berdoa, "Ya Allah, kurniakan hidayah kepadaku". Betapa risaunya beliau dan berharap kepada Allah...

8. Dosa-dosa batin bawak ke Neraka???
Dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa zahir dan dosa batin... Kita cukup arif dgn dosa-dosa zahir seperti mencuri, berzina, membunuh dan sebagainya. Kita juga tahu dosa-dosa ni akan membawa manusia kepada azab neraka Allah. Tapi kita tak perasan dan tak tahu yang dosa-dosa batin juga membawa kita kepada neraka Allah seperti sifat takabbur, riak, sangka buruk dan lain-lain... sifat2 ni tak berdosa ke??? so, taubat itu meliputi zahir dan batin la jugak... bukan beristighfar utk dosa2 zahir sahaja.

9. Nak ingat Allah pun kena berlatih
Kalau kita tgk orang main bola sepak ataupun orang yang menari shuffle.. adakah dorang ni dah expert sejak awal2 lagi??? sudah tentu tidak.. dorang mesti dah berlatih dgn gigihnya utk menjadi hebat dan mahir. begitu jugak nak ingat Allah. kena berlatih. so, zikir kena banyak2 bukan sedikit... pernah tgk hafiz Quran mengigau mengaji Quran??? memang ada. sebabnya kehidupan seharian beliau dipenuhi dgn menghafaz al-Quran. Subhanallah.. Sebab itu wujudnya tarekat2.. inilah jalan2 atau latihan2 nak ingat Allah.. bukannya mudah nak isbatkan Allah dalam hati setiap waktu...

Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

Facebook: Mohammad Faizal
Blog: http://tasawwufal-islami.blogspot.com/

5) Kuliah Ustaz Faizal 2

Penceramah : Ustaz Faizal
Hari : Isnin
Tarikh : 24.5.2010
Tempat : Masjid Bandar Raub (Masjid Lama)
Kadar : Seminggu sekali
Kitab : Minhajul 'Abidin dan Al-Hikam


1. Muroqobah
Sebenarnya tahap muroqobah ini perlu dicapai oleh orang2 awam menurut Sheikh Hussin. Iaitu sentiasa merasa Allah melihat. Khususnya ketika beribadat.

2. Segala2nya kurniaan Allah
Semua yang ada di dunia adalah kurniaan Allah. Manusia tiada apa2.. Manusia lemah. Manusia mencipta teknologi dan lain menggunakan akal tapi siapa yang cipta akal??? Bukan Allah S.W.T?? Akal pon Allah yang cipta. Jelaslah manusia tiada apa2 melainkan pengharapan kpd Allah.

3. TIGA ilmu utama dalam ISLAM. Semuanya berbalik kepada mengesakan Allah.
Tauhid ---> Pengesaan kpd Allah
Syariat ---> Pengesaan kpd Allah
Tasawuf ---> Pengesaan kpd Allah

4. Nabi 'ummi'
Sifat 'ummi Nabi Muhammad S.A.W adalah sifat mulia. Setiap kata2 yang keluar dari mulut Baginda S.A.W adalah wahyu Allah S.W.T. Nabi S.A.W mendapat tarbiyah sepenuhnya dari Allah S.W.T. Jadi, kita wajib memuliakan Nabi S.A.W.

5. Majlis ilmu
Memang ramai yang tak solat berjemaah ke masjid.. Namun, ada gak golongan yg pegi masjid tapi balik tros lepas siap solat.. Pegi masjid memang dah bagos.. Tapi rugilah kalau tak spend waktu utk dengar kuliah2, ceramah2 di masjid. Majlis2 ilmu ni ibarat taman2 syurga.. Malaikat pon hadir sama.. Ya Allah... Kita guna waktu untuk tengok bola.. tengok konsert... tengok tv bleh lama2.. dengar ilmu x bleh plak.. ish3.. muhasabah bersama.

Pastu, niat pergi dgr ceramah kena betul. Bukan lihat pada penceramah itu, tapi lihatlah pada keilmuannya. Mmg kadang2 ada penceramah yg agak formal.. Bleh datang bosan. Tapi kitalah yg menentukan sgalanya... Bermujahadahla wahai diri...=)

6. Rujuk Ulama utk memahami Al-Quran dan Al-Hadis
Nak faham maksud sebenar ayat2 al-Quran dan hadis2 nabi bukan dengan kepala sendiri.. Ilmu kita tahap mana?=) Itulah dia function ulama.. Mereka adalah pewaris para Nabi. Jadi, kalau nak faham al-Quran kenalah tgk tafsir al-Quran. Tafsir al-Quran ada banyak.. Lebih baik pilih yang muktabar dan masyhur. Begitu jugak hadis, kita kena tgk syarah2 ulama. Ulama muktabar adalah ulama yang disepakati.

7. Bacaan al-Quran dan zikir
Kajian sains membuktikan perubahan zarah2 pada air yang dibacakan ayat2 al-Quran. Zarah2 membentuk bentuk yang cantik. Hal ni kena rujuk ahli2 sains.=)
Begitu jugak jika dibacakan kepada manusia. Ayat2 al-Quran dan zikir memberi kesan kepada hati manusia.

8. Hiburan... Hiburan... Hiburan...=)
Manusia nakkan hiburan untuk mencari ketenangan jiwa. Cuba kita renung sejenak. Kita bila berhibur dengan nyanyian2, sukan dan lain boleh berjam2. Rasa puas hatikan? Cuba kita berzikir selama setengah jam cukuplah tanpa henti. (sama2 try) Cepat je rasa gelisah. 5 minit berzikir pon dah gelisah. Cuba kita buat selama setengah jam tanpa henti. Tengok kesannya...

9. Cinta kepada Rasulullah S.A.W
Ada dua pembahagian:
1) Buat yang Rasulullah S.A.W suruh dan tinggalkan yang ditegah Baginda S.A.W
2) Mencintai Baginda S.A.W lebih daripada yang lain hatta diri sendiri!

Memang payah nak capai tahap kedua tu. Tapi kita kena usaha ke tahap itu. Cinta kepada Rasulullah S.A.W satu kewajipan! Sayyidina Umar radhiallahu 'anhu pernah bagitau kat Rasulullah S.A.W yang beliau cintakan Baginda S.A.W seperti mencintai diri beliau sendiri. Nabi S.A.W tegur Umar. Pastu Umar ubah, beliau cintakan Rasulullah S.A.W melebihi diri beliau sendiri.

10. Merenung diri
Nak tau tahap nafsu kita. Kita nak buat baik ke jahat? Kita banyak buat baik ke banyak buat dosa? Masih ada x keinginan kita utk buat maksiat. Ini boleh menjadi pengukur tahap kita. Allah...

11. Taubat
Jangan putus asa untuk bertaubat kepada Allah. Sering kita dgr orang kata bila bertaubat buat dosa balik.. bertaubat buat dosa balik... Jangan putus asa! Teruskan bertaubat dengan bersungguh2.. Mohon Allah terima taubat kita...

Berbeza orang yang berdosa tapi berkehendak untuk membaiki diri dengan yang tak berusaha. Usaha yang dilakukan mudah2an akan menyebabkan hadirnya hidayah Allah.

12. Tanpa Tasawuf?
Apa yang dikhuatirkan adalah mati dalam keadaan yang buruk (suu''ul khotimah). Ketika hayatnya banyak beramal soleh tapi ketika sakaratul maut tak dapat mengucap. Ataupun masuk neraka ketika di akhirat. Hal ini kerana amal2 soleh yang dibuat telah dimakan oleh sifat2 mazmumah seperti riak, ujub, sum'ah dan lain2.

13. Kurniaan Allah
Sedarlah. Kita jadi baik... jadi soleh... jadi alim.. adalah kurniaan Allah. Kita dapat beramal beribadat adalah kerana Allah. Allah S.W.T berikan taufiq dan hidayah. Cuba renung2 balik.. Dulu kita tak pergi ke masjid.. tak banyak buat amalan2 sunat.. Siapa yang sedarkan kita??? Allah S.W.T yang buka hati kita. Bersyukurlah... Semuanya datang dari Allah S.W.T.


Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

Facebook: Mohammad Faizal
Blog: http://tasawwufal-islami.blogspot.com/

4) Kuliah Ustaz Faizal @ Youtube 1

3) Sisipan Dari Website Menarik 1

DEFINISI TASAWWUF
Menurut Syaikh Husin- al-Sofa’ ertinya bersih, jernih, hening sesuatu dari najis dan kotor yang hissi dan maknawi. Ertinya membersih dari dosa zahir seperti mencuri,mengumpat,fitnah dan sebagainya dan suci dari dosa batin seperti hasad,takbur,riya’,sangka buruk dan sebaginya.

Definisi menurut Syakh Amin al-Kurdi ilmu tasawuf ialah ilmu yang dapat mengetahui tentang keadaan jiwa manusia baik dan buruknya, dan cara-cara membersihkan daripada sifat yang tercela dan menghiasi dengan sifat-sifat yang terpuji serta cara menuju kepada Allah.

sumber:
http://tasawwufal-islami.blogspot.com

Friday, November 26, 2010

2) Kuliah Ustaz Faizal 1

Penceramah : Ustaz Faizal
Hari : Jumaat
Tarikh : 16.4.2010
Tempat : Masjid Gali, Raub
Kadar : Seminggu sekali


1. Ru'yah atau Mimpi Benar
Ada mimpi benar dan ada yg tidak. Contoh benar ialah mimpikan Rasulullah S.A.W. Syaitan tak dapat menyerupai Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, mimpikan Baginda S.A.W adalah benar. Antara ulama' yg membahaskan tentang mimpi ialah Ibn Sirin menerusi kitab beliau.. X tau namanya.. Sama2 kita usha dr ustaz2 keh kalau nak tau lebih lanjut tentang mimpi..=)

2. Menangis kerana Allah
Menangis kerana tgk crita Hindustan.. kerana kematian saudara-mara.. adalah perkara biasa. Dah dikira sangat beruntung orang yang boleh menangis kerana mengenangkan dosa-dosanya... Tapi hairan x kalau orang menangis kerana CINTAKAN ALLAH, RINDUKAN ALLAH... Sahabat2 boleh gambarkan tak? Ini smua kurniaan Allah S.W.T. Ada orang bila bercerita tentang kebesaran Allah boleh menitiskan air mata.. Maha Suci Allah.. Ada orang yang apabila terkenangkan Nabi S.A.W boleh menitiskan air mata.. Allah... Kita??? Dapat menangis kerana dosa2 sudah sangat beruntung...

3. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah S.W.T
Ada tafsir al-Quran yang menafsirkan tentang 2 sifat Allah ini.. Ana tak pasti tafsir apa. Kena rujuk ustaz2.

Sifat Ar-Rahman Allah utk semua hamba2Nya di dunia.. Tak kira kafir, munafik, muslim, muttaqin... Semua dapat kurniaan Allah.. Sebab tu kita tgk ada orang kafir yang kaya, yang berjaya. Sunnatullah.. Siapa yg berusaha, dia akan berjaya. Kalau malas, x berjaya jugakla.. hehe

Sifat Ar-Rahim Allah khas utk umat Islam yang beriman iaitu kurniaan Allah S.W.T di akhirat nanti.. Allah akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kpd hamba2 yang disayanginya.. Moga2 kita tergolong dlm kalangan yg diredhai Allah.

4. Amalan hati
Contohnya ialah sifat2 mahmudah seperti sifat tawakal, syukur, redha dan lain2. Sifat-sifat ini sangat bernilai di sisi Allah. Zahir memang tak nampak. Sifat-sifat ini sangat ditekankan oleh ahli Tasawuf kerana tidak berkehendak kpd manusia, hanya kpd Allah semata2.

5. Ikhlas itu berterusan
Ikhlas itu bukan sekadar di permulaan. Contohnya seseorang ni derma kat sahabat dia. Time tu dia memang ikhlas gila. Takder ungkitan dlm hati... Tapi tiba satu detik dia jatuh susah contohnyala.. Dia ungkit dlm hati bahawa derma itu yg menyebabkan dia susah. Ataupun mungkin dia jadi glamor lepas menderma tu, dia jadi takbur. Rumusannya, dia tak pelihara ikhlas dia. Sekadar di permulaan sahaja. Ikhlas hendaklah dipelihara sampai bertemu Allah (mati). Sebab tu kita tak perlu ingat kebaikan kita terhadap orang lain, tp ingat kebaikan orang terhadap kita.=)

Ibaratnya macam solat. Kita niat 'kerana Allah taala' pada permulaan solat. Tapi dalam solat kita lalai, kita ingat ke menda lain... Jadi dah tak pelihara niat kita sebab kita tak khusyuk kpd Allah.. Niat tersebut hendaklah dipelihara sampai habis solat. Apabila lalai dlm solat, kembali ingat Allah...

6. Amalan zahir berkait dgn batin (hati)
Setiap amalan yg dilakukan akan pergi ke hati. Tapi tak bermakna kita meninggalkan yang zahir. Tinggalkan zahir ibaratnya seperti kacang yang ada ISI tapi takder kulit. Ilmu Tasawuf berhubung dgn ilmu Syariah dan Tauhid.

7. Muroqobah.
Beribadat seolah2 Allah melihat kita. Maksudnya juga ialah sentiasa meneropong atau melihat keaiban diri. Berkaitan dgn musyahadah pula iaitu beribadat seolah2 melihat Allah, Ulama2 Tasawuf menerangkan bukan melihat dgn HAKIKAT tapi dgn KEYAKINAN. Utk mencapai muroqobah bukan boleh dibuat2 tetapi melalui latihan utk mengingat Allah S.W.T.

8. Tentang Tauhid
Terdapat Ulama' yang berpendapat bahawa perbicaraan tentang Tauhid hakikatnya hanya berbicara di tepi2 birai sahaja tentang Tauhid. Makhluk tak layak.

9. Melihat Allah.
Hanya orang yang mengalaminya sahaja tau.

10. Dosa-dosa
Dari sudut zahir, apabila berbuat dosa, kita mestilah mencari jalan utk menghindari dosa2 tersebut melalui amalan2 zahir seperti bergaul dgn para soleh, bersolat berjemaah di masjid dan amalan2 lain.
Dari sudut Tasawuf pula, penekanan adalah pada cara atau jalan utk MEMBERSIHKAN HATI. Sebabnya, perbuatan dosa berpunca daripada kekotoran hati.

11. Disiplin Ilmu
Si penyampai ilmu bukan semestinya dapat kurniaan Allah yang dikhabarkan tapi sebagai disiplin ilmu menyampaikannya. Kurniaan Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendak.
Untuk faqih atau benar2 faham kepada ilmu, hendaklah berguru. Penting... Penting.. Penting.. Jangan buat pandai sendiri.. Pilih guru pon kena betul.=)

Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

Facebook: Mohammad Faizal
Blog: http://tasawwufal-islami.blogspot.com/