Friday, April 22, 2011
55) Merenung Keaiban Diri 46
Tatkala handset kita rosak, maka segera kita pergi membaikinya, Tatkala iman kita tercemar, adakah kita segera mengubatinya? Apabila kita sentiasa menjaga handset kita dari terjatuh, Adakah kita sentiasa menjaga iman di hati agar tidak merudum? Bilamana kita marah orang lain merendah2kan kualiti handset kita, Sudahkah kita sentiasa menjaga kesucian dan kemuliaan Islam? Tepuk dada tanya iman (^^,) (Farhana Ahmad Dusuki)
54) Merenung Keaiban Diri 45
Umat Islam berpecah belah??? KEBENARAN vs KEBATILAN tetap berlaku dari dulu hinggalah sekarang... tak berubah! semasa di MAKKAH hanya ada dua golongan iaitu ISLAM dan KAFIR... kemudian di MADINAH bertambah kpd 3 golongan iaitu ISLAM, KAFIR dan MUNAFIQ... hakikatnya bukan ISLAM vs ISLAM sekarang tapi KEBENARAN vs KEBATILAN... sama2 kita meneliti...
53) Merenung Keaiban Diri 44
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." (sahabatku Akmal)
52) Merenung Keaiban Diri 43
kita sedar ilmu agama kita tak tinggi tak perlu nak ikut serta MENGOMEN dan MENGHENTAM para ulamak... BUAT KERJA2 UNTUK ISLAM apa yang kita pandai... SAMPAIKAN RISALAH ISLAM sekadar yang kita tau... MENUNTUT ILMU sampai mati...
51) Merenung Keaiban Diri 42
Buat semua penulis, khususnya WARTAWAN akhbar, penulis majalah, pemilik blog, web & yg sepertinya. SEDARI & KETAHUI bahawa TULISAN/LAPORAN anda boleh menambah jutaan dosa, gaji HARAM & murka Allah bila sengaja MENCIPTA CERITA X BENAR @ laporan akibat kajian x berhati2. Boleh menambah PAHALA berjuta2, apabila tulisanmu membawa manfaat baik kpd manusia. Justeru, pilihan ditangan masing2. (Ustaz Zaharuddin)
50) Merenung Keaiban Diri 41
Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk. ~Imam Malik~ (Ustaz Faizal)
Subscribe to:
Posts (Atom)






