Sunday, April 17, 2011

42) Merenung Keaiban Diri 30

Kebahagiaan itu adalah dengan menghafal Al-Quran dan beramal dengannya. Apabila Allah telah mengurniakan kepada engkau nikmat menghafal kalamnya, maka di antara kesalahan besar itu adalah engkau melupakannya dan tidak beramal dengannya. (Muslihah Mohd Padzil)

41) Merenung Keaiban Diri 27

Antara tanda seorang itu berhati 'kotor' atau sedang ditipu oleh perangkap SYAITAN adalah, apabila dia melihat, mendengar atau membaca seseorang berkongsi nasihat, tazkirah & inti yang baik dengan yg lain, DIA AKAN MULA MENYERANG si penasihat dgn plbgai tuduhan buruk, atau berkata 'dia pun pernah buat juga' & ungkit apa2 kelemahan individu penasihat yg silam atau dgn fitnah. Hati-hatilah... (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Friday, April 15, 2011

40) Merenung Keaiban Diri 26

kita adalah HAMBA ALLAH... manusia2 di sekeliling kita juga adalah HAMBA ALLAH... setiap HAMBA ALLAH mempunyai kembara hidupnya sendiri... jatuh bangunnya dalam mencari REDHA ALLAH... maka perbaikilah dan bersikap adil lah SANGKAAN kita terhadap HAMBA2 ALLAH di sekeliling kita... kerana pengakhiran dan pengadilan yang sebenar adalah di AKHIRAT kelak...

Tuesday, April 12, 2011

39) Merenung Keaiban Diri 25

Semuanya ada dalam Islam. facebook, sains, ekonomi, politik, sukan, hiburan, seks, nyanyian, permainan, adab, lakonan percintaan, persahabatan, buat roti canai dan segala2nya. yakinlah kita bahawa Islam adalah cara hidup yang TERBAIK. maka, mari kita BERUSAHA BERSUNGGUH2 utk jadi umat Islam yang sebenar2 ISLAM. ikat diri kita dengan HALAL dan HARAM menurut pandangan ISLAM.
 

38) Merenung Keaiban Diri 24

ada 3 orang buta sejak daripada lahir. tiba2, dorang terjumpa gajah. dorang tak pernah tgk gajah. ORG BUTA 1 peganglah belalai gajah, ORG BUTA 2 pegang perut gajah, ORG BUTA 3 pegang ekor gajah. maka, ketiga2 orang buta ni bagi gambaran gajah mengikut apa yg DIPEGANG oleh mereka. bergaduhlah mereka. datanglah ORG CELIK menyedarkan mereka bahawa GAJAH itu adalah kesemua yg dorang gambarkan. ISLAM MERANGKUMI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Saturday, April 2, 2011

37) Merenung Keaiban Diri 21



kurniaan Allah itu pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya... MATA kita bukanlah pengadil terbaik menilai peribadi seseorang... MATA kita bukanlah juri terbaik menilai sikap seseorang... MATA kita bukanlah hakim terbaik menilai pengorbanan seseorang... Allah berhak memilih sesiapa sahaja menjadi makhluk kesayangan-Nya...

Friday, April 1, 2011

36) Merenung Keaiban Diri 20

hanya orang yang PERNAH makan buah durian je akan mengetahui RASA buah durian tersebut... begitu juga rasa KEMANISAN IMAN... orang yang TAK PERNAH bersusah payah melawan hawa nafsunya tidak akan dapat merasainya...