Friday, May 20, 2011

75) Merenung Keaiban Diri 66

MULAKANLAH atau IRINGKANLAH pengajian ilmumu dengan asas2 FARDHU 'AIN... berapa ramai orang yang hanya pandai ILMU DUNIAWI... berapa ramai orang yang seronok MENCEMUH PARA ULAMA... berapa ramai orang yang pandai2 mengeluarkan sesuatu HUKUM... berapa ramai orang yang sesuka akal MENAFSIRKAN AL-QURAN DAN MENSYARAHKAN AL-HADIS... sedangkan ilmu FARDHU 'AINNYA masih sangat rapuh. (Muhasabah)
 FREE BACA BUKU FARDHU 'AIN : http://www.perkim.net.my/content.cfm?ID=672E4633-938B-1C98-9A9554932245A86C

Tuesday, April 26, 2011

74) Merenung Keaiban Diri 65

REMAJA sekarang sangat terdedah dengan JALAN KE NERAKA.. MAKSIAT dan DOSA depan mata je... HIBURAN MELAMPAU, VIDEO LUCAH, PERGAULAN BEBAS, FESYEN MENDEDAHKAN AURAT. Lebih buruk lagi KEJAHILAN ilmu dan KERAPUHAN iman dan amal. Lebih membimbangkan, TAUBAT entah ke mana.. MASJID entah ke mana.. MAJLIS ILMU entah ke mana.. SAHABAT SOLEH entah ke mana. Tiada benteng, maka terus hanyut dan hanyut. bimbang DIRI dan UMAT...

Monday, April 25, 2011

73) Merenung Keaiban Diri 64

Apabila setiap permintaan kita ditunaikan..maka berhati2 lah kerana akan ada pula permintaan dan AMANAH ORANG yg wajib kita tunaikan pula. Maka jgn terlalu banyak meminta jika tidak dapat menunaikan.. Permintaan kita kepada Allah juga ada amanah. Contohnya kita Mohon kepada Allah murah rezki..Lalu Allah menunaikannya. Maka apabila rezki itu Allah berikan..maka di dalamnya ada amanah Allah yg wajib kita tunaikan. (Ustaz Mokhtar Senik) 
 Facebook Ustaz Mokhtar Senik

72) Merenung Keaiban Diri 63

CINTA sebelum perkahwinan itu sukar dikawal daripada dimasuki KEMAKSIATAN... maka sukar mahu menetapkan KESETIAAN kerana apabila hati tertumpu kepada CINTA si dia yang belum sah dan halal akan mengundang lebih banyak nodaan MAKSIAT... maka hati akan sakit... tidak merasai KEMANISAN IMAN... namun terkadang nafsu menang, tewaslah diri... hilanglah pertimbangan diri...

71) Merenung Keaiban Diri 62

Di zaman tidak ada Nabi dan Rasul penggantinya ialah kumpulan Islam, sama ada yang dinamakan parti Islam disetengah negeri atau jamaah Islam disetengah negeri yang lain. Parti Islam ini mestilah memenuhi sifat-sifat parti yang memperjuangkan Islam yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Abdul Awang)
Facebook Tuan Guru Haji Abdul Hadi 
 GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM SEDUNIA

70) Merenung Keaiban Diri 61

LIDAH YANG SAKIT tidak dapat merasai KEMANISAN MAKANAN... begitu juga HATI YANG SAKIT... tidak dapat merasai KEMANISAN IMAN... HATI YANG SAKIT berpunca daripada perbuatan DOSA... maka, bertaubatlah dan membaiki diri... takut2, sampai MATI tidak merasai KEMANISAN IMAN... sampai MATI tidak menjadi HAMBA ALLAH YANG BAIK... (diolah dr artikel Ustaz Pahrol Juoi : Solusi 30)

69) Merenung Keaiban Diri 60

Bukanlah digelar miskin orang yg berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu @ dua suap (makanan) & satu @ dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin ialah orang yg TIDAK MENEMUI KEKAYAAN yang mencukupi keperluannya (yakni kaya tetapi masih merasakan tidak cukup), TIDAK MENGERTI ke manakah hartanya patut disedekahkan & tidak mahu berusaha sebaliknya hanya meminta-minta kepada manusia. ~Riwayat Bukhari~ (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)
Facebook Ustaz Zaharuddin 

Saturday, April 23, 2011

68) Merenung Keaiban Diri 59

Ulama sesepuh gerakan Islam ini anak usrah Said Hawwa dan Dr Muhammad al Wakeel..dia tidak pernah lelah berjuang,,dijerang panas..disiram embun..dia bangun disepertiga malam ketika kita lena berdengkur..dia bersimpuh di atas sejadah, ketika kita berlingkar spt biawak kekenyangan,,ketika kita mengumbar..mulutnya menasbih nama Tuhan.... DIA BUKAN LIABILITI TEMAN, DIA EMAS KITA..jln terus ayah Chik anak muda dibelakang. (Ustaz Riduan Mohd Nor)
"apa khabar Sheikh abdul hadi..dia sihat?" tanya pimpinan HAMAS ketika aku melepasi Khan Yunis, Gaza yg terbakar. Di setiap penjuru dunia yg aku tiba,,tokoh2 gerakan bertanyakan Sheikh abdul Hadi. Dia sebaris Mehdi Aqif, Qazi Husain, Erbakan, Pak Hussein Umar, Dr Hasan Turabi, Dr Badie..jgn nistakan dia teman,,jika kamu tidak mengenalinya.. (Ustaz Riduan Mohd Nor)
 

Dia suka memenjarakan diri di maktabah semasa belajar, daripada kelompok maktabah itulah dia membina jaringan pelajar Malaysia di Madinah dlm dekad 70an. Hidupnya berselimut dgn buku, sebelum mendaftar phD dia pulang ke tanah leluhurnya, menggantikan ayahandanya di masjid Rusila. Membaca dan menulis adalah madu kehidupan yg beliau hirup sbg maestro gerakan Islam tanah air... (Ustaz Riduan Mohd Nor)

67) Merenung Keaiban Diri 58

Sebahagian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan. Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. Tanpa sgr diubah, ia bkl menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya. (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

66) Merenung Keaiban Diri 57

"Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persedian adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya." _Dr. Abdullah Azzam_ (Dalila Hanim)

65) Merenung Keaiban Diri 56

"Langkah pertama untuk mendidik anak bukanlah dengan mengazankannya, tetapi dengan memilih ibu yang solehah untuknya!" (Muslihah Mohd Padzil)

64) Merenung Keaiban Diri 55

Nasihat Rasulullah; "Tanda ALLAH membenci seseorang hambaNya, dia akn sntiasa sibuk dgn perkara yg tiada kaitan dgn dirinya. Sesaat umur yg pergi tanpa digunakn utk ibadah, pasti membuatkn manusia menyesal nanti. Sesiapa yg tlah mncapai umur 40 thn, sdangkan amalan kebaikannya trlalu sedikit berbanding dgn kejahatannya, maka brsedialah utk dihumban ke Neraka" [Petikan Khutbah Jumaat 15/4/2011 Masjid an-Munawwarah] (Mohamad Termizi)

63) Merenung Keaiban Diri 54

teman,,,jika merasa penat dlm perjalanan dakwah,,tarik nafasmu panjang..tatap langit mlm yg indah ini...bayangkan ibroh perang tabuk,,3 sahabat yg dikucilkan akibat tidak berangkat ke medan..berpada2lah..menghentam gerakan islam,tetapi kita berpeluk tubuh,,di kasur yg empuk.   (Ustaz Riduan Mohd Nor)

62) Merenung Keaiban Diri 53


Perbuatan TAAT boleh dilakukan oleh semua orang. tapi untuk meninggalkan MAKSIAT, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur pada Allah) iaitu orang yang tahu bahawa Allah tahu segala apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA walau perbuatan itu sebesar zarah sekalipun. (ايمي نادية يعقوب)

61) Merenung Keaiban Diri 52

ibarat macam KUCING nampak IKAN GORENG... begitulah mata lelaki apabila ternampak orang perempuan... lebih2 lagi awek yg terdedah tubuhnya... maka tutuplah IKAN GORENG dengan tudung saji atau apa jua skalipun asalkan bersesuaian dengan fitrahnya... begitu jualah AURATMU, tutuplah ia dengan sempurna berlandaskan SYARIAT ISLAM. Allah mengasihi orang yang membaiki diri.
 

60) Merenung Keaiban Diri 51

nilaian Allah bukanlah pada kekuatanmu. nilaian Allah bukanlah pada ketampanan dan kecantikanmu. nilaian Allah bukanlah pada kemasyuranmu. nilaian Allah bukanlah pada kekayaanmu. nilaian Allah pada KETAQWAANMU...
* gambar hiasan : Takiya Genji. Genji mengejar kemasyuran.. Genji memiliki kekuatan dan rupa paras yang tampan...

Friday, April 22, 2011

59) Merenung Keaiban Diri 50

"Sebaik-baik wanita adalah yang tinggal dirumahnya, semulia-mulia wanita adalah yang menjaga kehormatannya, selembut-lembut wanita adalah yang menjaga akhlaknya, semalu-malunya wanita adalah yang menjaga hijabnya, secantik-cantik wanita adalah yg baik hatinya, sebaik-baik dunia adalah perhiasan, perhiasan yang terindah di dunia ini adalah wanita solehah." (Siti Amira Hussin)

58) Merenung Keaiban Diri 49

Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. (Dalila Hanim)

57) Merenung Keaiban Diri 48

jangan kita sebarkan sesuatu perkara yang kita xde ilmu mengenainya... bimbang kita menimpakan keatas orang lain keburukan... sesungguhnya sikap adil itu lebih dekat kepada taqwa... (Falias Taqiunis)

56) Merenung Keaiban Diri 47

"siapa lebih menyukai dunianya,dia meremehkan akhiratnya.. siapa lebih menyukai akhiratnya, tentulah meremehkn dunianya.. pentingkan yang kekal di atas yang fana." (Saudari Arafah)